E-commerce Directory

Sharing of Malaysia E-commerce Websites

Rempah Kabsa

Resepi Nasi Kabsah Rempah AL HEXA

Rempah adalah perkataan Melayu dan ia bermakna pasta rempah. Rempah adalah campuran yang sangat diperlukan pelbagai herba dan rempah yang digunakan sebagai asas aromatik untuk pelbagai hidangan di Malaysia dan Singapura.

Produk Rempah Hexa telah menyelesaikan masalah mendapatkan rempah-rempah yang berlainan untuk memasak hidangan Malaysia yang lazat. Rempah-rempah semulajadi Malaysia yang asli ini merupakan gabungan rempah-rempah Malaysia yang penting yang boleh dijadikan asas untuk ayam, kambing, daging lembu atau makanan laut.

Bahan A (Lamb Kabsah)

  • 700g daging kambing yang bertulang
  • 2 sudu besar rempah kabsah Al Hexa (campur sedikit air jadikan pes)
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • 2 biji tomato (dadu)
  • Rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kulit kayu manis)
  • 2 helai daun bay Al Hexa
  • Garam dan gula/perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak/butter

Bahan B (Nasi Kabsah)

  • 4 cawan beras basmati (rendam selama 30min)
  • 4 cawan air rebusan kambing (jumlah air bergantung kepada jenis beras)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam
  • Cili hijau dan daun ketumbar
  • Gajus

Cara Masak Kambing

  1. Cairkan butter dan tambah sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga,daun bay bersama bawang besar hingga terbit bau dan bawang sedikit layu,masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan buah tomato yg telah didadu..kacau hingga tomato agak lembut.
  3. Masukkan rempah kasah Al Hexa, tumis hingga garing dan pecah minyak
  4. Masukkan kambing dan gaul sebati, biarkan sebentar untuk kecutkan daging kambing dan mesra dengan rempah tumisan.
  5. Masukkan garam dan gula/perasa.Tambah air dan renehkan hingga daging kambing betul2 empuk.
  6. Setelah kambing masak, asingkan daging kambing dengan air rebusan

Cara Masak Nasi

  1. Ambil air rebusan kambing sebanyak 4 cawan (kalau tak cukup, tambah air panas biasa) tambahkan susu cair dan kiub ayam.Pastikan mendidih terlebih dahulu
  2. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan nasi berkerak di bahagian dasarnya.
  3. Setelah nasi kering, kecilkan api dan masukkan daging kambing dan cili hijau, daun ketumbar dan taburkan gajus.Tutup periuk.Tunggu hingga nasi betul2 masak.
  4. Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu dan sedia dihidang bersama sos salata.

For more information about Rempah Kabsa, please visit https://www.hexafood.com/

Theme by Anders Norén